𝗗𝗨𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗕𝗨𝗕𝗔𝗥 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗟𝗔𝗟𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗥𝗡

Seremban Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi dibubarkan esok (5 Jun) untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun pada sidang media khas di kediaman rasmi beliau malam ini sekali gus mengakhiri spekulasi pembubaran DUN sejak beberapa minggu lepas.

Beliau berkata pembubaran itu dibuat selepas beliau mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada majlis menghadap yang berlangsung di Istana Besar Seri Menanti hari ini. Sumber: Bernama

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *