
31 Mei 2026
π¬ βPemulihan bukan sekadar hukuman, tetapi satu peluang untuk membina semula kehidupan melalui pendidikan, kemahiran dan nilai yang membolehkan seseorang kembali menyumbang kepada masyarakat.β
~ YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Penjara Malaysia terus komited melaksanakan pendekatan Pemulihan Insan yang menyeluruh dengan memberi fokus kepada pembangunan kemahiran, pembentukan sahsiah serta penguasaan bidang TVET bagi membantu prospek membina masa depan yang lebih baik.
Melalui pelbagai program latihan vokasional dan penghasilan produk warisan seperti tenunan, songket, kraftangan serta pelbagai produk MyPride, prospek diberi peluang mengembangkan bakat dan kemahiran yang boleh dimanfaatkan selepas kembali ke masyarakat.
β
Memperkasa kemahiran dan kebolehpasaran prospek
β
Memelihara warisan seni dan budaya negara
β
Membentuk disiplin, keyakinan serta jati diri positif
β
Menyokong integrasi semula ke dalam masyarakat
β
Membuka peluang kedua ke arah kehidupan yang lebih bermakna
Kejayaan produk-produk MyPride yang mendapat sambutan masyarakat dan pengiktirafan di pelbagai platform membuktikan bahawa usaha pemulihan mampu melahirkan individu yang berkemahiran, produktif dan bersedia menyumbang kepada pembangunan negara.
π’ Orang ramai turut dijemput memeriahkan reruai KDN sempena Sambutan Hari TVET Negara 2026 yang akan berlangsung pada 5 hingga 7 Jun 2026 bagi melihat sendiri produk-produk MyPride serta pelbagai inisiatif TVET dan pemulihan insan yang dibawakan oleh Jabatan Penjara Malaysia.
π¦Ύ Sokong. Beli. Berjasa.
Sumber: Jabatan Penjara Malaysia
