๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—”๐—ž๐—ง๐—œ๐—™๐—ž๐—”๐—ก ๐—ข๐—ฃ ๐—–๐—”๐—ฅ๐—œ๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—œ ๐——๐—œ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ž๐—œ ๐—๐—”๐—ง๐—จ๐—› ๐—Ÿ๐—”๐—จ๐—ง ๐——๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ช๐—œ

.
๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ช๐—œ, ๐Ÿฎ๐Ÿต ๐— ๐—ฒ๐—ถ โ€“ Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis melalui Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi sedang melaksanakan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) bagi mengesan seorang lelaki yang dipercayai terjatuh ke laut ketika cuba membaiki sebuah jetski di perairan Pulau Tepor, Langkawi, petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, MRSC Langkawi menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS 999 pada jam 8.20 malam, 28 Mei 2026 berhubung kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.12 malam di kedudukan lebih kurang 0.2 batu nautika Timur Laut Pulau Tepor.

โ€œSejurus menerima maklumat, aset Maritim Malaysia iaitu PETIR 81 telah diatur gerak ke lokasi kejadian pada jam 8.55 malam bagi melaksanakan pencarian awal. Usaha pencarian turut dibantu oleh beberapa kru jetski yang berada berhampiran lokasi kejadian, manakala Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menjalankan pemantauan di kawasan pesisir pantai,โ€ katanya.

Menurut beliau, operasi CARILAMAT telah diaktifkan secara rasmi pada jam 8.30 malam dan diteruskan pagi ini bermula jam 8.00 pagi dengan pembahagian tiga sektor pencarian melibatkan keluasan keseluruhan kira-kira 2.54 batu nautika persegi.

โ€œBagi menyelaras operasi secara lebih berkesan, sebuah Pusat Hadapan Carilamat (PHC) telah ditubuhkan di kawasan Pantai Tengah berhampiran Hidden Langkawi.

โ€œOperasi hari ini melibatkan tiga aset laut pelbagai agensi iaitu Bot Penyelamat 5 milik Maritim Malaysia, Bot Kevlar Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Bot RIB Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),โ€ tambahnya.

Beliau berkata, operasi pencarian berdepan cabaran susulan keadaan cuaca yang kurang baik di kawasan operasi dengan kelajuan angin antara 40 hingga 50 kilometer sejam, ombak setinggi 2.5 hingga 3.5 meter serta kejadian ribut petir di beberapa lokasi sekitar radius pencarian.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mengutamakan aspek keselamatan ketika menjalankan aktiviti rekreasi di laut, khususnya ketika keadaan cuaca tidak menentu.

Sebarang kecemasan atau insiden di laut hendaklah segera dilaporkan menerusi talian kecemasan 999 atau terus ke Pusat Operasi Maritim Malaysia yang berhampiran bagi memastikan tindakan bantuan dapat disalurkan dengan segera.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *