




Makkah Patung mainan βplushβ unta yang tergantung di kedai sekitar Masjidilharam kini bukan sekadar cenderamata biasa, sebaliknya antara βpenumpang terawalβ yang sedang bersedia pulang ke Malaysia apabila ramai jemaah haji mula menghantar buah tangan mereka lebih awal sebelum kemuncak ibadah haji bermula.
PERKHIDMATAN PENGHANTARAN
Deretan patung lembut unta yang cukup sinonim dengan Tanah Suci itu antara barangan paling banyak memenuhi kotak penghantaran bagasi jemaah Malaysia di Tanah Suci bersama kurma, jubah dan pelbagai cenderamata lain untuk keluarga di tanah air.
Situasi itu menyaksikan perkhidmatan penghantaran barangan dan bagasi yang diselaras Lembaga Tabung Haji (TH) terus mencatat peningkatan apabila sebanyak 133 tan penghantaran direkodkan dalam tempoh 22 hari operasi setakat ini.
Penolong Pengurus Masyair Unit Perkhidmatan Luar Mohd Roshidi Loman berkata purata lima tan barangan dihantar setiap hari dan jumlah itu dijangka terus meningkat menjelang wukuf minggu depan.
βKebanyakan jemaah sekarang mahu kurangkan beban barang sebelum bergerak untuk masyair. Jadi mereka ambil peluang hantar lebih awal supaya lebih fokus kepada ibadah nanti.
βSetakat ini Selangor menjadi negeri paling tinggi menggunakan perkhidmatan penghantaran,β katanya kepada pemberita di Makkah baru-baru ini.
πΈ fotoBERNAMA
Sumber: Bernama
