
16 Mei 2026
Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh kawalan maritim dan sempadan negara menerusi pendekatan penguatkuasaan bersepadu, rondaan strategik 24 jam serta penggunaan teknologi pemantauan moden bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.
๐ฌ โKeselamatan maritim dan sempadan negara adalah benteng utama kedaulatan Malaysia. KDN akan terus memperkukuh kesiapsiagaan penguatkuasaan demi keselamatan rakyat dan kestabilan negara.โ
โ ๐ฌ๐ ๐๐ฎ๐๐๐ธ ๐ฆ๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐ฆ๐ฎ๐ถ๐ณ๐๐ฑ๐ฑ๐ถ๐ป ๐ก๐ฎ๐๐๐๐ถ๐ผ๐ป ๐ฏ๐ถ๐ป ๐๐๐บ๐ฎ๐ถ๐น, Menteri Dalam Negeri.
Pendekatan โsmart enforcementโ yang dilaksanakan memberi tumpuan kepada pemantauan menyeluruh kawasan perairan dan pintu masuk negara bagi membanteras aktiviti penyeludupan, pencerobohan bot asing, kemasukan pendatang tanpa izin serta jenayah rentas sempadan.
Operasi penguatkuasaan turut diperkasakan melalui penggunaan radar, dron dan sistem pemantauan berteknologi tinggi bagi mempercepat pengesanan awal dan tindakan segera di lapangan.
KDN kekal komited memastikan keselamatan perairan dan sempadan negara sentiasa berada pada tahap tertinggi melalui tindakan tegas tanpa kompromi.
Sumber: KDN
