



5 Mei 2026
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan serbuan di premis perniagaan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Dengkil, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) Arah Selatan bagi mengesan warga asing yang bekerja tanpa permit sah dalam satu operasi bersepadu pada 4 Mei 2026.
Operasi ini telah dijalankan dengan kekuatan 30 orang pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Imigresen Malaysia, Putrajaya dengan dibantu oleh Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
