Jalil Hamid meninggal dunia pada usia 69 tahun

KUALA LUMPUR, 4 Mei – Pelakon veteran Jalil Hamid atau nama sebenarnya, Abdul Jalil Abdul Hamid dilaporkan meninggal dunia pada usia 69 tahun, tengah hari tadi.

Berita duka itu dimaklumkan anaknya, Afiqah Jalil menerusi hantaran di Instagram sebentar tadi.

Afiqah memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 12.30 tengah hari di kediamannya.

Jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid Al-Munawwarah sebelum dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam USJ 21, Subang Jaya.

Allahyarham yang terkenal menerusi pelbagai drama dan filem tempatan sebelum ini disahkan mengalami masalah jantung serius sejak Mac 2023.

Sumber: RTM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *