


.
π¦ππ‘πππππ‘, π― π π²πΆ β
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan berjaya menahan sebuah barge dan sebuah bot kargo kecil yang disyaki terlibat dalam aktiviti pemindahan minyak sawit mentah secara tidak sah di perairan Sandakan, awal pagi semalam.
Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy bin Hussain berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 2.00 pagi ketika bot peronda Maritim Malaysia sedang menjalankan rondaan rutin.
βHasil maklumat awam, pasukan operasi telah mengesan sebuah barge dalam keadaan mencurigakan di kedudukan kira-kira 0.10 batu nautika selatan Bandar Leila.
βPemeriksaan lanjut mendapati aktiviti pemindahan minyak sawit mentah sedang dilakukan ke sebuah bot kargo kecil menggunakan pam kargo,β katanya.
Menurut beliau, semasa bot peronda menghampiri lokasi kejadian, beberapa individu cuba melarikan diri namun berjaya dihalang oleh anggota penguat kuasa.
βHasil pemeriksaan mendapati kira-kira tujuh tan minyak sawit mentah telah dipindahkan ke dalam tangki bot kargo kecil, manakala baki dianggarkan tiga tan masih berada di dalam barge,β jelasnya.
Seramai empat lelaki tempatan bersama seorang warganegara Filipina berumur antara 29 hingga 48 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan. Mereka terdiri daripada kru barge dan awak-awak bot kargo kecil.
Kedua-dua vesel bersama muatan dianggarkan bernilai RM2.08 juta telah diiring masuk ke Jeti Zon Maritim Sandakan untuk siasatan lanjut oleh pegawai penyiasat Maritim Malaysia dengan kerjasama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Maritim Malaysia menegaskan akan terus memperketatkan rondaan dan penguatkuasaan bagi membanteras sebarang pelanggaran undang-undang di perairan negara.
Orang awam juga diminta menyalurkan maklumat ke Pusat Operasi Maritim Sandakan di talian 089-229504 atau talian kecemasan 999 bagi membolehkan tindakan segera diambil.
.
