π—Ÿπ—˜π—‘π—šπ—šπ—’π—‘π—š π——π—œπ—œπ—žπ—§π—œπ—₯𝗔𝗙 π—¨π—‘π—˜π—¦π—–π—’ π—šπ—Ÿπ—’π—•π—”π—Ÿ π—šπ—˜π—’π—£π—”π—₯π—ž π—¦π—˜π—–π—”π—₯𝗔 π—₯π—”π—¦π— π—œ π— π—˜π—œ π—œπ—‘π—œ – π—¦π—›π—”π— π—¦π—¨π—Ÿ 𝗔𝗑𝗨𝗔π—₯

2 April 2026

Lenggong (Perak) bakal mencatat sejarah apabila diumumkan secara rasmi sebagai UNESCO Global Geopark ketiga di Malaysia pada 23 Mei ini di Paris, sekali gus memperkukuh kedudukan negara dalam rangkaian geopark bertaraf dunia.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, pengiktirafan itu dibuat selepas pembentangan komprehensif pada Persidangan Antarabangsa ke-11 Global Geopark di Universidad Catolica de Temuco, Araucania, Chile pada 7 Sept tahun lepas.

Beliau berkata pengiktirafan itu melayakkan Lenggong menyertai rangkaian UNESCO Global Geopark di bawah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), selepas diwartakan sebagai Geopark Kebangsaan pada 16 Dis 2021.

β€œMajlis penyerahan pentauliahan rasmi dijadual berlangsung pada 27 April ini di ibu pejabat UNESCO di Paris, sekali gus memuktamadkan status Lenggong sebagai UNESCO Global Geopark.

“Pengiktirafan ini juga mencerminkan keunikan dan nilai luar biasa Lenggong dari segi geologi, arkeologi serta warisan semula jadi yang memenuhi piawaian ketat UNESCO,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama selepas majlis Makan Malam dan Ramah Mesra Sempena Lawatan Akademik Lenggong Geopark β€œLenggong Tapak Pendidikan Terbuka”, dan Majlis Penandatangan Memorandum Persefahaman Universiti Teknologi Malaysia (UTM)-Lenggong Geopark, malam tadi.

Sumber: Bernama

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *