๐— ๐—˜๐——๐—˜๐—ฉ๐—”๐—– | ๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—œ๐—ก๐——๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ž๐—œ๐—ง ๐—”๐—Ÿ๐—”๐— ๐—œ ๐—ฆ๐—”๐—ช๐—”๐—ก

.
๐—ž๐—จ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก, ๐Ÿฏ๐Ÿญ ๐— ๐—ฎ๐—ฐ – Tindakan pantas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang mengalami sawan dan disyaki mengalami pendarahan dalam kepala melalui operasi pemindahan kecemasan dari Pulau Tioman ke tanah besar, pada 22 Mac yang lalu.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan Mat Rejab berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pegawai perubatan sekitar pukul 7.35 malam yang memohon bantuan segera memindahkan pesakit ke hospital.

โ€œKeadaan pesakit yang kritikal memerlukan tindakan segera dan koordinasi pantas bagi memastikan pesakit menerima rawatan lanjut tanpa sebarang kelewatan,โ€ katanya.

Terdahulu, beliau memaklumkan bertindak atas maklumat tersebut, Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Kuantan segera menggerakkan Bot PERKASA 1246 ke Pulau Tioman bagi melaksanakan operasi pemindahan.

Aset berkenaan tiba di Jeti Marina Kampung Tekek kira-kira pukul 9.50 malam sebelum membawa pesakit, Chung Chun Gin, 27, bersama lima pengiring terdiri daripada petugas kesihatan dan ahli keluarga.

Operasi diteruskan dengan perjalanan ke Jeti Pos Maritim Teluk Gading dan bot tiba dengan selamat sekitar pukul 11.21 malam.

Pesakit kemudian diserahkan kepada ambulans untuk dibawa ke Hospital Mersing bagi rawatan lanjut.

Dalam pada itu, Maritim Malaysia mengingatkan orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kecemasan atau insiden di laut dengan menghubungi menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau talian kecemasan 999 bagi membolehkan tindakan pantas diambil oleh pihak berkuasa.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *