๐—ฉ๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ ๐—ก๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ก ๐—š๐—จ๐—ก๐—” ๐—•๐—จ๐—•๐—จ ๐—ก๐—”๐—š๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐Ÿฎ ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—š ๐——๐—œ๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ก.

17 MAC 2026

๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—”๐—จ (PERAK) โ€“ Sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) bersama dua kru warga asing berjaya ditahan lebih kurang 0.7 batu nautika Barat Kuala Terong pada pukul 2.30 petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Hairil bin Othman berkata, pemeriksaan ke atas vesel berkenaan mendapati bot tersebut menggunakan 80 unit bubu naga, iaitu peralatan menangkap ikan yang tidak dibenarkan penggunaannya oleh Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

โ€œPemeriksaan lanjut turut mendapati dua kru berkenaan merupakan warga India yang disyaki bekerja tanpa permit kerja yang sah,โ€ katanya lagi.

PERALATAN YANG DILARANG

Tambah beliau, hasil pemeriksaan turut mendapati, vesel terbabit menjalankan aktiviti penangkapan ikan di perairan berkenaan dengan menggunakan peralatan yang dilarang kerana boleh menjejaskan sumber perikanan negara.

Beliau turut berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 serta Akta Imigresen 1959/63.

โ€œVesel, dua kru warga asing serta 80 unit bubu naga yang digunakan telah dirampas dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut oleh Pegawai Penyiasat,โ€ katanya.

Komander (M) Mohd Hairil turut menegaskan, Maritim Malaysia akan terus mempergiat rondaan dan operasi penguatkuasaan bagi mengekang aktiviti penangkapan ikan secara haram serta memastikan perairan negara sentiasa terpelihara daripada sebarang pelanggaran undang-undang.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *