𝗝𝗜𝗠 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗔𝗟𝗔𝗛𝗚𝗨𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗦 𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗢𝗦𝗜𝗔𝗟:

17 Mac 2026

Jabatan Imigresen Malaysia terus memperhebat operasi penguatkuasaan bagi membanteras penyalahgunaan Pas Lawatan Sosial oleh warga asing yang bekerja secara tidak sah di negara ini.

Bagi tempoh 𝟏 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟗 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟔, sebanyak 𝟮,𝟲𝟭𝟴 𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐮𝐚𝐭𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 telah dilaksanakan di seluruh negara, yang membawa kepada penahanan 𝟵,𝟰𝟵𝟳 𝐰𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐚𝐬𝐢𝐧𝐠 atas pelbagai kesalahan imigresen.

Daripada jumlah tersebut, seramai 𝟭,𝟭𝟱𝟴 𝐢𝐧𝐝𝐢𝐯𝐢𝐝𝐮 ditahan kerana melanggar syarat pas di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dimana 𝟰𝟴𝟮 𝐢𝐧𝐝𝐢𝐯𝐢𝐝𝐮 daripadanya ditangkap kerana menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial.

Jabatan Imigresen Malaysia menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang imigresen. Tindakan tegas termasuk penahanan, pendakwaan dan pengusiran dari negara ini akan terus dilaksanakan bagi memastikan kedaulatan serta keselamatan negara sentiasa terpelihara.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *