๐—–๐—จ๐—•๐—”๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐——๐—จ๐—ฃ ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฅ ๐—ฉ๐—”๐—ฃ๐—˜ ๐—ž๐—˜ ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” ๐—๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ง๐—จ๐— ๐—ฃ๐—”๐—ฆ

.
๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ, ๐Ÿด ๐— ๐—ฎ๐—ฐ โ€“ Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis berjaya menahan sebuah lori yang dipercayai membawa pelbagai jenis peranti rokok elektronik (vape) di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Sanglang, Perlis awal pagi, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa memaklumkan, dalam operasi yang dijalankan sekitar pukul 1.15 pagi semalam, Bot PERKASA 1227 yang melakukan rondaan rutin Op AMAN, Op TIRIS 3.0, Op GUARD dan Op KHAS PAGAR LAUT melalui maklumat risikan gabungan Zon Maritim Kuala Perlis, Maritim Negeri Kedah dan Perlis serta Zon Maritim Kuala Kedah telah berjaya menahan lori tersebut yang disyaki membawa barangan tanpa pengikraran yang sah.

โ€œHasil pemeriksaan lanjut mendapati, kenderaan yang dipandu seorang pemandu bersama dua orang pekerja warga tempatan berumur antara 19 hingga 47 tahun membawa 56 kotak berwarna coklat yang mengandungi hampir 16,500 unit pelbagai jenis peranti vape yang dipercayai untuk diseludup keluar ke negara jiran.

โ€œJumlah keseluruhan nilai rampasan termasuk kenderaan dianggarkan melebihi RM500 ribu. Kesemua barangan rampasan bersama tiga Orang Yang Disyaki (OYDS) telah dibawa ke Pejabat Zon Maritim Kuala Perlis untuk tindakan dan siasatan lanjut,โ€ jelas beliau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) dan (d) Akta Kastam 1967 kerana disyaki mengimport atau memiliki barang larangan tanpa kelulusan pihak berkuasa.

Romli dalam pada itu menegaskan, pihak Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau sindiket yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan.

โ€œMaritim Malaysia akan terus mempergiatkan rondaan serta operasi penguatkuasaan di perairan negara bagi mengekang sebarang aktiviti penyeludupan.

โ€œTindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang,โ€ tambah Laksamana Pertama Romli.

Beliau turut menyeru orang ramai agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan kepada Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162 serta talian kecemasan 999 untuk maklumbalas segera atau talian kecemasan 999 dalam usaha membanteras kegiatan penyeludupan di perairan negara.

.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *