๐—–๐—จ๐—•๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐——๐—จ๐—ฃ ๐— ๐—œ๐—š๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฅ ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—œ ๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—œ ๐——๐—œ๐—š๐—”๐—š๐—”๐—Ÿ๐—ž๐—”๐—ก, ๐Ÿญ๐Ÿฒ ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐— ๐—ฌ๐—”๐—ก๐— ๐—”๐—ฅ ๐——๐—œ๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ก

.
๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ฅ ๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—˜๐—›, ๐Ÿด ๐— ๐—ฎ๐—ฐ – Cubaan menyeludup keluar migran melalui laluan sungai di Kota Bharu berjaya dipatahkan selepas Maritim Negeri Kelantan menahan 16 individu disyaki warga Myanmar bersama seorang lelaki tempatan yang dipercayai bertindak sebagai transporter darat, awal pagi Jumaat.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Kamal bin Mohamad memaklumkan, tangkapan dilakukan di sekitar tebing Sungai Kampung Kijang selepas pasukan operasi Maritim Malaysia mengesan sebuah bot laju yang dipercayai membawa keluar kumpulan berkenaan dari arah perairan berhampiran.

Kata beliau lagi, bot ronda Maritim Malaysia yang menjalankan rondaan sempena Op NAGA, Op DAMAI, Op TIRIS dan Op KHAS PAGAR LAUT di sekitar perairan Kelantan, telah bertindak mengejar bot suspek sebaik dikesan bergerak dalam keadaan mencurigakan di kawasan sungai tersebut.

โ€‹Walau bagaimanapun jelas beliau, bot berkenaan berjaya meloloskan diri apabila memecut ke laluan sungai yang sempit dan cetek selain keadaan persekitaran yang gelap menyukarkan bot ronda Maritim Malaysia merapat ke lokasi.

โ€œPada masa sama, pasukan operasi darat Maritim Malaysia segera digerakkan ke tebing Sungai Kampung Kijang bagi memintas pergerakan kumpulan tersebut,โ€ katanya lagi.
Hasil pencarian yang dijalankan, sekitar pukul 5.57 pagi membawa kepada penahanan 16 individu dipercayai warga Myanmar di kawasan tebing sungai berkenaan.

Turut ditahan seorang lelaki tempatan yang disyaki bertindak sebagai transporter darat bagi memindahkan kumpulan migran terbabit. Kesemua individu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Kelantan untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) serta Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan migran dan berada di Malaysia tanpa dokumen perjalanan sah.

Maritim Malaysia akan terus memperkukuh rondaan dan operasi penguatkuasaan di perairan Kelantan bagi mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan termasuk penyeludupan migran.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *