𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐀𝐈𝐒𝐔𝐑𝐈 𝐍𝐎𝐑𝐀𝐒𝐇𝐈𝐊𝐈𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐇𝐀𝐓𝐀𝐌 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝗪𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔

7 Mac 2026

Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyempurnakan perasmian Majlis Khatam al-Quran Wanita Selangor 2026 di Masjid Sultan Abdul Samad Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang hari ini.

Majlis itu dianjurkan Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Wanita dan Keluarga serta Wanita Berdaya Selangor (WBS) dengan kerjasama Pejabat Timbalan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu, Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Selangor Datin Syarmila Yahya serta Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor Datin Seri Masdiana Muhamad.

Majlis bagi mengimarahkan Ramadan itu sebahagian daripada pengisian Program Ihya Ramadan Kasih 1,000 Wanita MADANI yang disertai peserta dari Parlimen Sepang dan seluruh Selangor.

📸 Huzaini Daud | BERNAMA

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *