𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐔𝐀 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐓𝐈𝐆𝐀 𝐁𝐔𝐀𝐇 𝐄𝐌𝐏𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑

SUBANG, 12 Februari 2026 – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) selamat melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) pada hari kedua di kawasan yang sama dilaksanakan semalam melibatkan negeri Johor iaitu empangan Upper Layang, Pulai 1 dan Machap.

Kerja-kerja OPA bermula dengan proses bancuhan air garam oleh pihak MET Malaysia dan anggota TUDM melibatkan 4 tong bancuhan air garam. Setiap tong terisi dengan 200kg garam bersama 1500 liter air. Tong tersebut kemudiannya dimasukkan ke dalam badan pesawat C-130H dari No 20 Skuadron, Pangkalan Udara Subang.

Pesawat terbang pada jam 11.45 pagi dan melaksanakan proses semburan di ketinggian sekitar 5000 kaki ke 9000 kaki pada awan yang sesuai bagi menggalakkan pembentukan titisan hujan. Misi OPA telah diketuai oleh Mej Farhan TUDM selaku komander pesawat bersama 9 lagi anak kapal. Turut sama dalam penerbangan tersebut adalah pegawai MET Malaysia dan NADMA. Operasi selesai sepenuhnya pada jam 2.30 petang.

Inisiatif yang dilaksanakan ini adalah sebagai langkah untuk meningkatkan simpanan air di empangan-empangan terlibat, seterusnya memanjangkan tempoh kesediaan air mentah untuk rawatan.

Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *