🚨 CURI KABEL BUKAN JENAYAH BIASA

Keselamatan Awam & Rakyat Jadi Keutamaan

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengakui wujud keperluan mendesak untuk meneliti dan meminda hukuman di bawah Kanun Keseksaan bagi kesalahan kecurian kabel, yang kini dilihat tidak setimpal dengan kerugian besar serta risiko keselamatan awam.

πŸ’¬KENYATAAN YB MENTERI DALAM NEGERI

4 Feb 2026

Menurut YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, kecurian kabel bukan sekadar jenayah harta benda, malah, memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat termasuk gangguan perkhidmatan awam, peningkatan kos pembaikan dan ancaman kepada keselamatan pengguna.

β€œKita perlu melihat peruntukan undang-undang, sama ada ia masih relevan dengan keadaan semasa. Kita bersetuju bahawa ada keperluan untuk menelitinya ke arah pindaan.”
β€” YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri

KDN turut menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang terlibat, termasuk pembatalan lesen kilang pelupusan besi dan logam sekiranya didapati membeli kabel curi.

Usaha ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI melalui KDN untuk melindungi kepentingan rakyat, memastikan infrastruktur awam selamat serta mengekang jenayah yang memberi kesan besar kepada negara.

πŸ›‘ Keselamatan rakyat bukan perkara kecil.
🀝 Keamanan negara adalah tanggungjawab bersama.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *