







Klang, Selangor, 22 Januari 2026 (Khamis) – YDH CP Datoβ Hussein Omar Khan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik melalui satu sidang media memaklumkan (JSJN) Bukit Aman telah berjaya merampas dua (2) buah kontena disyaki mengandungi dadah jenis MDMA dan heroin bernilai RM80.3 juta dalam satu operasi bersama Australian Federal Police (AFP) di bawah Joint Taskforce TIGER di Pelabuhan Klang, Selangor.
Operasi ini dijalankan hasil maklumat risikan mengenai dua kontena dari negara Timur Tengah yang transit di Malaysia sebelum dipercayai akan dihantar ke Australia, dengan deklarasi palsu sebagai minyak zaitun dan air minuman berperisa buah-buahan.
Pemeriksaan pada 19 Januari 2026 menemukan:
βͺοΈ 6,528 botol cecair disyaki dadah jenis MDMA seberat 4,064 kg
βͺοΈ 54,930 kotak air minuman mengandungi cecair disyaki heroin seberat 9,887.4 kg
MAMPU MEROSAKKAN 63 JUTA PENGGUNA
Jumlah keseluruhan rampasan ini dianggarkan mampu merosakkan 63 juta pengguna, sekali gus menumpaskan satu cubaan besar penyeludupan dadah untuk pasaran antarabangsa.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan, jika disabitkan kesalahan.
JSJN bersama AFP dan rakan kerjasama antarabangsa lain sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti sindiket atau organisasi jenayah yang terlibat.
Turut hadir bersama, CP Dato’ Pahlawan Shazeli bin Dato’ Kahar, Ketua Polis Selangor, YDH DCP Datuk Mat Zani@Mohd Salahuddin bin Che Ali, YDH ACP Hairy bin Ramlan, Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Perhubungan Antarabangsa), YDH ACP Mohd Faisal bin Mohd Noor, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, YDH SUPT Kamalarifin bin Aman Shah, Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan dan wakil daripada AFP.
Polis Diraja Malaysia, JSJN khsusnya tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk pengedaran dadah yang mengancam keselamatan rakyat dan kedaulatan negara.
Dadah adalah musuh nombor satu negara.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah dadah dialu-alukan menyalurkannya melalui Hotline JSJN: 012-208 7222.
JSJN
PDRM
AFP
PerangiDadah
DadahMusuhNegara
PelabuhanKlang
KeselamatanNegara
Jurugambar : KPL Mohd Khairul Azri bin Juhari
KPL Mohd Farid bin Abdullah
