๐——๐—จ๐—” ๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐— ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ง๐—œ๐—š๐—” ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ, ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ž๐—ฅ๐—จ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐— ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—š ๐——๐—œ๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก๐—š.

๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก๐—š, ๐Ÿญ๐Ÿณ ๐—๐—ฎ๐—ป๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ โ€“

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang merekodkan dua tangkapan berasingan dalam tempoh tiga hari hasil pemantauan dan rondaan berterusan di perairan negeri ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.00 pagi semalam, sebuah Vesel Nelayan Asing Indonesia (VNAI) ditahan oleh kapal peronda selepas disyaki melakukan aktiviti perikanan di perairan Malaysia pada kedudukan 26 batu nautika barat Pulau Kendi.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, pemeriksaan mendapati kru VNAI berkenaan juga gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah sewaktu berada di posisi tersebut mengikut Akta Imigresen 1956/63.

โ€œVesel terbabit dipercayai menangkap ikan di perairan Malaysia bersama lima orang kru warga Indonesia berumur 15 hingga 40 tahun dan kesemua mereka turut ditahan,โ€ jelas beliau.

Dalam kejadian berasingan, Maritim Negeri Pulau Pinang turut menahan sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) Kelas C yang dikendalikan oleh empat kru warga tempatan berusia antara 37 hingga 60 tahun pada 14 Januari lalu.

Pemeriksaan mendapati vesel berkenaan menjalankan aktiviti perikanan di bawah 15 batu nautika, sekali gus melanggar syarat lesen yang ditetapkan.

Menurut Muhammad Suffi, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen vesel nelayan tempatan Kelas C.

โ€œSemua kru dan vesel terlibat telah ditahan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Pulau Pinang untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang,โ€ katanya.

Beliau dalam pada itu turut menegaskan, Maritim Negeri Pulau Pinang akan terus mempergiat rondaan dengan menggunakan pelbagai platform aset di perairan negeri bagi memastikan penguatkuasaan dijalankan bagi mencegah aktiviti salah laku di laut.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *