
𝐂𝐔𝐓𝐈 𝐔𝐌𝐔𝐌 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐓𝐇𝐀𝐈𝐏𝐔𝐒𝐀𝐌 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐒𝐖𝐀𝐒𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏 𝐅𝐄𝐁𝐑𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
31 Disember 2025
- Kerajaan Persekutuan telah mewartakan hari kelepasan am bagi tahun 2026 iaitu Hari Thaipusam dan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2026.
- Cuti Hari Wilayah Persekutuan adalah cuti yang wajib diberikan oleh majikan sektor swasta yang berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan kepada pekerja sebagaimana peruntukan seksyen 60D(1)(a)(iii) Akta Kerja 1955 [Akta 265] dan tidak boleh diganti. Memandangkan Cuti Hari Wilayah Persekutuan jatuh pada hari Ahad, maka majikan yang menetapkan hari Ahad sebagai rehat mingguan pekerja hendaklah memberi cuti gantian pada hari bekerja berikutnya (Isnin).
- Selanjutnya, majikan yang memilih cuti perayaan Hari Thaipusam sebagai baki enam hari kelepasan am yang dipilih sebagaimana subseksyen 60D(1)(a) Akta 265, perlu memberi cuti gantian pada hari bekerja berikutnya (Selasa) memandangkan terdapat pertindihan kedua-dua hari kelepasan am ini. Majikan juga boleh memberikan pekerja mana-mana hari lain sebagai hari kelepasan berbayar sebagai ganti dengan persetujuan pekerja sebagaimana seksyen 60D(1A).
- Pekerja yang diarah bekerja pada hari kelepasan am layak menerima kadar gaji bagi cuti am seperti yang ditetapkan dalam seksyen 60D(3).
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia
31 Disember 2025
