📌 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗔𝗥𝗔𝗦 𝗔𝗜𝗥 𝗣𝗔𝗦𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥

25 Disember 2025
(Info Ringkas)

Dimaklumkan bahawa fenomena air laut pasang besar dijangka berlaku di sepanjang pesisir pantai Negeri Terengganu bagi 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐨𝐡 𝟐𝟒 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟑𝟏 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓, berdasarkan data dan rekod stesen cerapan Pusat Hidrografi Nasional.

Paras air laut yang tinggi ini berpotensi menghalang aliran keluar air sungai ke laut dan boleh menyebabkan limpahan serta kejadian banjir setempat, khususnya di kawasan rendah, muara sungai dan pesisir pantai, lebih-lebih lagi sekiranya berlaku hujan serentak.

Sehubungan itu, semua agensi dimohon untuk bersiap siaga dan memantau kawasan hotspot masing-masing. Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *