












15 Disember 2025
Kementerian Dalam Negeri (KDN) melaksanakan pelan peningkatan komprehensif bagi menangani kesesakan di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB). Usaha ini dilaksana segera bagi memastikan pergerakan keluar masuk MalaysiaβSingapura menjadi lebih cepat, selamat dan efisien.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen Kerajaan MADANI untuk memastikan sistem imigresen dan aliran trafik sentiasa berfungsi terbaik demi keselesaan rakyat.
π§ Apa Yang Sedang Dilaksanakan? (Ringkas & Mudah Faham)
- Penambahan Sistem Automasi di Pintu Masuk
π Pemasangan 40 unit tambahan eGate NIIS
π Pemasangan 145 unit pengimbas Kod QR MyNIIIS
β‘οΈ Mempercepat proses imigresen dan mengurangkan kesesakan.
- Sistem Imigresen Digital Dinaik Taraf
Sistem MyIMMs dan NIIS ditambah baik bagi memastikan prestasi lebih stabil, responsif dan berkapasiti tinggi, terutamanya pada waktu puncak.
- Internet Diperkukuh Untuk Sistem Automasi
Kerjasama dengan penyedia telekomunikasi bagi:
π Menambah baik liputan internet di lokasi kritikal BSI & KSAB
π Memastikan semua transaksi automasi lancar dan pantas.
- Penyepaduan Sistem MyNIISβMyBorderPass
Gabungan sistem rakyat Malaysia dan pelawat asing bagi melancarkan seamless flow perjalanan dua hala.
π₯ Peranan Pengguna: Anda Juga Membantu Kelancaran!
KDN menyeru pengguna untuk:
π² Muat turun aplikasi MyNIIIS
πΆ Gunakan laluan automatik eGate
β‘οΈ Ini membantu mempercepat urusan imigresen dan mengurangkan kesesakan bersama.
π¬ Komitmen Kerajaan MADANI
Semua langkah ini berpaksikan usaha kerajaan untuk membina sistem yang moden, efisien dan mesra pengguna, demi kesejahteraan rakyat dan pengalaman perjalanan yang lebih baik.
β Jangkaan Manfaat Kepada Pengguna
β Masa menunggu lebih singkat
β Aliran trafik lebih lancar
β Pemeriksaan imigresen lebih cepat & stabil
β Perjalanan harian lebih selesa.
π² Muat turun π ππ‘πππ¦π² sekarang di Apple App Store, Google Play & Huawei AppGallery.
