𝐇𝐀𝐉𝐈𝐉𝐈 𝐊𝐄𝐊𝐀𝐋𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐆𝐀 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐀𝐁𝐈𝐍𝐄𝐓 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔

1 Disember 2025

Sabah Kabinet baharu Sabah yang dibentuk susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 Sabtu lepas, mengekalkan tiga Timbalan Ketua Menteri.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengangkat sumpah jawatan pada awal pagi Ahad, manakala 10 lagi Ahli Jemaah Menteri mengangkat sumpah petang ini di Istana Seri Kinabalu di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Musa Aman.

Berikut ialah senarai penuh Ahli Jemaah Menteri Sabah:

Ketua Menteri : Datuk Seri Hajiji Noor

Timbalan Ketua Menteri I : Datuk Dr Joachim Gunsalam (Menteri Kerja Raya dan Utiliti)

Timbalan Ketua Menteri II : Datuk Masidi Manjun (Menteri Kewangan)

Timbalan Ketua Menteri III : Datuk Ewon Benedick (Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan : Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan : Datuk Jamawi Jaafar

Menteri Pembangunan Luar Bandar : Datuk Rubin Balang

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi : Datuk James Ratib

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar : Datuk Jafry Ariffin

Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat : Datuk Julita Mojungki

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif : Datuk Nizam Titingan.

📸 Iskandar Kamaruzaman | BERNAMA

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *