








9 Ogos 2025
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat melawat Kazan Helicopter Plant (KHP), yang merupakan antara pengeluar helikopter terbesar di dunia.
Seri Paduka Baginda turut diiringi Tuan Yang Terutama Rustam Minnikhanov, Rais (Presiden) Republik Tatarstan pada lawatan berkenaan.
Lawatan Seri Paduka Baginda ke KHP, pada hari ini (9 Ogos), merupakan sebahagian daripada Lawatan Negara Yang di-Pertuan Agong ke Persekutuan Rusia.
Terdahulu, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda bersama Rais Republik Tatarstan disambut Nikolay Yakovlev, Ketua Pengarah KHP.
Seri Paduka Baginda kemudian berkenan dipersembahkan taklimat proses pembuatan serta teknologi terkini dalam penghasilan helikopter pelbagai kegunaan termasuk untuk tujuan komersial, ketenteraan dan misi penyelamatan.
Sultan Ibrahim turut berkenan meninjau secara dekat operasi pemasangan dan ujian kualiti yang dilaksanakan di KHP.
