



Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
3 OGOS 2025
Kerajaan MADANI kekal komited untuk terus membantu Sabah demi pembangunan yang lebih saksama, inklusif dan berimpak tinggi.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri kini jauh lebih baik berbanding sebelumnya.
“KEADILAN mesti kekal sebagai parti yang tersusun dan kuat. Pemilihan telah selesai, maka kini masanya untuk kita bersama-sama menyatukan tenaga dan memperkemas semula gerak kerja parti di semua peringkat,” katanya dalam hantaran di FB.
Terdahulu beliau menyampaikan amanat kepada pimpinan, anggota dan jentera KEADILAN Sabah agar terus memperkukuh kesatuan, kekuatan dan kesiapsiagaan menjelang Pilihan Raya Negeri yang akan datang.
GERAK KERJA JENTERA
Beliau berkata, KEADILAN Sabah perlu memastikan struktur organisasi dan gerak kerja jentera diperkukuh di setiap cabang.
Jelas beliau, keamggotaan mesti ditambah dan dimantapkan, jentera perlu bekerja keras, dan semangat perjuangan tidak boleh luntur.
Setiap kerusi yang ditandingi KEADILAN mesti dimenangi dengan keyakinan, iltizam dan usaha gigih.
“Mari kita buktikan bahawa KEADILAN Sabah bersedia memikul amanah rakyat dan membawa perubahan yang bermakna untuk negeri ini,” kata beliau.
Tanggungjawab kita adalah menyampaikan penjelasan berfakta kepada rakyat, melawan fitnah dengan hujah, serta membawa suara dan aspirasi rakyat Sabah dengan penuh amanah dan keikhlasan. – JM
