Fahmi luang masa sarapan sambil bertemu, berbual dengan warga Lembah Pantai

Wartawan JM
Foto Ihsan FB Fahmi Fadzil
3 OGOS 2025

Ahli Parlimen Lembah Pantai Datuk Fahmi Fadzil meluangkan masa bersarapan di Lan Roti Canai sambil bertemu dan berbual dengan warga setempat, mendengar pandangan serta cerita mereka tentang kehidupan seharian di kawasan ini.

Selesai bersarapan, beliau singgah ke Jualan Termurah MADANI yang berlangsung berdekatan.

“Alhamdulillah, sambutannya amat menggalakkan – inisiatif ini penting untuk bantu penduduk dapatkan barangan keperluan harian pada harga yang lebih berpatutan,” katanya dalam hantaran di FB.

Fahmi berkata sebagai sebahagian daripada usaha ini, beliau turut menyumbang rebat untuk barangan makanan basah seperti ikan siakap dan beberapa pilihan lain demi manfaat penduduk sekitar.

“Terima kasih kepada semua yang menjayakan program hari ini – kerjasama sebegini membuktikan semangat MADANI dapat terus dirasai oleh rakyat,” kata Fahmi yang juga Menteri Komunikasi. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *