Koperasi kariah masjid di Perlis boleh berkembang maju – Raja Muda

Oleh: Sholina Osman
14 MAC 2025

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah,
koperasi kariah masjid di Perlis boleh berkembang maju dan menjadi contoh kepada tempat-tempat lain.

Titah Baginda, hasrat ini boleh dicapai melalui kerjasama erat antara pihak masjid, Jabatan Agama Islam Negeri, agensi berkaitan, serta Angkatan
Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).

“Saya melihat usaha ANGKASA dalam memperkasa koperasi kariah masjid ini amat bertepatan dan sinonim dalam melaksanakan pembangunan ummah secara holistik,” titah Baginda.

KEMPEN PENUBUHAN KOPERASI

Baginda bertitah demikian ketika Majlis Kempen Penubuhan Koperasi Kariah Masjid Negeri Perlis dan Agihan Sumbangan Asnaf di Hotel Putra Regency, Kangar.

Keberangkatan Baginda disambut Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Kamarudin Ismail.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah,
dalam landskap ekonomi hari ini, koperasi mampu memainkan
peranan penting sebagai medium pembangunan sosioekonomi
yang inklusif dan mampan.

USAHA, TENAGA, MODAL

Baginda bertitah, dengan menggembleng usaha, tenaga, modal dan idea dari kesemua lapisan anggota, pelbagai perusahaan dapat
dibangunkan dengan tujuan memberi kesejahteraan kepada anggota koperasi itu sendiri.

“Pembangunan dan pemerkasaan koperasi kariah masjid bukan
sahaja dapat membantu menjana pendapatan anggota malah
membantu memperbaiki taraf sosioekonomi rakyat khususnya
kepada golongan yang memerlukan dan terpinggir,” titah Baginda. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *