Sesi Pembelajaran Ke-5 di NADI di Tersusun Batu 8, Tambun – MCMC

14 MAC 2025

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneruskan Sesi Pembelajaran Ke-5 di Pusat Sebaran Maklumat Nasional
(NADI) Kampung Tersusun Batu 8, Tambun, Perak, bagi meningkatkan kesedaran keselamatan digital.

Sesi pagi dimulakan dengan ceramah oleh Sarjan Razali Mat Mohamed (PDRM) bertajuk “Buli – Bahaya & Langkah Pencegahan”.

Ia memberi pemahaman mendalam tentang kesan dan cara menangani buli, khususnya dalam dunia digital.

MENAWARKAN PEMBELAJARAN INTERAKTIF

Seterusnya, peserta meneroka dunia Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui program eKelas oleh NADI, yang menawarkan pembelajaran secara interaktif.

“Kami terus komited memperkasa komuniti dengan ilmu dan kesedaran digital,” kata MCMC dalam perkongsian di FB. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *