






Oleh: Sholina Osman
15 MAC 2025
Kementerian Dalam Negeri (KDN) komited memastikan pengurusan imigresen lebih cekap, telus, dan mesra rakyat tanpa mengabaikan aspek keselamatan dan kedaulatan negara.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata demikian pada Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni sempena Ramadan bersama penduduk Kampung Permatang Tok Dik, di Masjid Abdul Halim Mu’adzam Shah, Padang Serai, Kedah.
Beliau bersama pengurusan KDN dan warga kerja Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) hadir dalam majlis berkenaan.
KDN MENGAMBIL PENDEKATAN
“Setiap tahun, KDN mengambil pendekatan menganjurkan program yang menghayati semangat Ramadan,” katanya dalam hantaran di FB.
Beliau berkata, dengan meraikan golongan asnaf dan kurang upaya dan memperkenalkan peranan dan fungsi agensi KDN kepada masyarakat.
Saifuddin juga turut menyerahkan Sijil Permit Masuk kepada 6 orang penerima yang merupakan pasangan kepada warganegara Malaysia.
SET BAJU BAHARU
“Selain meraikan mereka, malam ini saya turut menyampaikan set baju baharu dan duit raya kepada sekumpulan anak-anak yatim yang hadir,” katanya.
Beliau berkata, Yayasan Food Bank turut menyampaikan kotak makanan kepada keluarga-keluarga asnaf di kawasan ini.
“Terima kasih kepada pihak pengurusan masjid dan mereka yang terlibat menjayakan majlis yang penuh barokah ini,” katanya.
“Semoga Allah SWT memberkati penganjuran majlis di bulan yang mulia ini dan memberikan ganjaran pahala kepada kita semua,” tambahnya lagi. – JM