




15 MAC 2025
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata meninjau keadaan Bazar Aidilfitri di Lorong Tunku Abdul Rahman (TAR) dan menyantuni para peniaga yang terjejas akibat ribut semalam.
Hadir sama Menteri Kewangan 2, Datuk Seri Amir Hamzah, Menteri Kewangan 2.
“Alhamdulillah, tindakan pantas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggantikan kanopi yang rosak membolehkan para peniaga meneruskan perniagaan seperti biasa.,” katanya dalam hantaran di FB.
TAHNIAH KEPADA DBKL
Dr Zaliha menzahirkan ucapan tahniah kepada DBKL yang bertungkus-lumus memastikan keperluan peniaga diberi keutamaan.
Beliau berkata, dari masa ke semasa, penambahbaikan akan dilakukan.
“DBKL akan terus meneliti langkah-langkah bagi memastikan keselesaan, keselamatan, dan kesejahteraan peniaga serta pengunjung bazar,” katanya. – JM