






Oleh: Sholina Osman
14 MAC 2025
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berpesan kepada semua menjelang pemilihan parti, tidak kira setinggi mana jawatan adalah penting untuk mengambil tahu tentang sejarah parti.
Beliau berkata, pemahaman sejarah ini akan menghadirkan sifat tawadhuβ dan rendah diri.
Sebelum parti berada di kedudukan hari ini kata Saifuddin presiden parti kini menjadi Perdana Menteri, banyak liku-liku yang telah dilalui oleh pejuang-pejuang terdahulu.
JANGAN PERNAH TIMBUL
“Sebab itu, jangan pernah timbul perasaan riak, sombong, dan lupa diri,” katanya menerusi perkongsian di FB.
Saifuddin berada di Melaka bagi menghadiri Majlis Iftar bersama dengan Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Melaka dan Negeri Sembilan.
Dalam ucapannya juga, Saifuddin juga berkongsi tentang sejarah parti.
“Sebagai salah seorang yang turut serta βmembidaniβ kelahiran parti ini, sudah tentu banyak kisah yang boleh saya ceritakan untuk dijadikan teladan,” katanya.
SEMUA PUCUK PIMPINAN
“Terima kasih saya ucapkan kepada semua pucuk pimpinan yang hadir malam ini,” tambahnya.
Beliau berharap menerusi ukhuwah yang terjalin semakin erat, bukan sekadar dalam majlis ini, tetapi juga dalam setiap langkah perjuangan kita.
“Semoga kita terus istiqamah dalam membawa agenda reformasi demi kesejahteraan rakyat dan masa depan negara yang lebih baik,” ujarnya. – JM
