Malaysia sedang membina negara yang kuat bertunjangkan Generasi Madani – Fadhlina

Petikan FB Fadhlina Sidek
22 FEB. 2025

Saya harap tiada gambar yang tertinggal. Jika ada anak tuan/Puan yang hadir ke majlis penghayatan dan penerapan Generasi Madani di USIM kelmarin, jangan lupa tunjukkan hantaran ini.

Saya mahu mereka mencari wajah mereka di dalam hantaran ini. Dua tahun yang lalu sebagai Kerajaan Madani, kami memulakan agenda Generasi Madani.

Dua tunjang utama membina Generasi Madani adalah Rekayasa Minda dan Rekayasa Sikap! Melihat mereka di atas pentas dengan pelbagai aksi merentas kaum dengan tekad keyakinan, saya yakin Malaysia yang sedang kita bina adalah negara yang kuat!

Nanti saya ceritakan apa perbualan yang berlaku dalam beberapa gambar.

SAYA MENGETIK MOMEN

Tidak sempat saya mengetik momen bersama 3ribu pelajar yang datang semuanya.

Tetapi saya pulang dengan 1000000 kebahagian dan optimis tentang masa hadapan.

Berikan aku 1000 orang tua, akan kucabut semeru dari akarnya, berikan aku 10 pemuda, akan ku goncangkan dunia! – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *