SHMMP Tahun Baharu Cina 2025: KPDN periksa 6007 premis perniagaan di seluruh negara

Oleh: Sholina Osman
5 FEB. 2025

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melakukan 6007 pemeriksaan ke atas premis perniagaan di seluruh negara sempena Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina 2025 lalu.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa
Bahagian Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, ia merangkumi 108 pemeriksaan ke atas premis borong dan 5899 pemeriksaan ke atas premis runcit.

Beliau berkata, sepanjang tempoh kuat kuasa skim, sebanyak 483 tindakan kes telah diambil terhadap peniaga yang ingkar.

MELIBATKAN SITAAN BERNILAI

Jelasnya, tindakan ini melibatkan sitaan bernilai RM21, 942.85 membabitkan kesalahan gagal meletakkan tanda harga dan gagal menggunakan tanda harga merah jambu.

“Tiada sebarang kes membabitkan kesalahan menjual melebihi harga maksimum dikesan,” katanya dalam kenyataan media hari ini (5 Februari 2025).

Azman berkata, pihaknya juga tidak menerima sebarang aduan semasa pelaksanaan SHMMP Tahun
Baharu Cina 2025.

MEMATUHI PERUNDANGAN HARGA

“Majoriti peniaga yang diperiksa komited serta mematuhi perundangan harga maksimum yang berkuatkuasa sepanjang pelaksanaan skim ini,” tambahnya.

KPDN juga ingin merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta agensi di bawahnya, pihak industri dan keseluruhan peniaga atas komitmen serta kerjasama dalam menjayakan pelaksanaan SHMMP
Tahun Baharu Cina 2025.

Berdasarkan pemantauan dan penguatkuasaan KPDN serta maklum balas orang ramai, pelaksanaan SHMMP Tahun Baharu Cina 2025 telah berjalan dengan baik
dan lancar.

BAGI MENSTABILKAN HARGA

SHMMP Tahun Baharu Cina 2025 telah berjaya dilaksanakan dari 25 Januari 2025 hingga 2 Februari 2024 bagi menstabilkan harga barangan keperluan semasa musim perayaan.

Skim ini telah dilaksanakan selama 9 hari iaitu 4 hari sebelum perayaan, 1 hari semasa perayaan dan 4 hari selepas perayaan.

Sebanyak 16 jenis barangan telah
dikawal di bawah SHMMP Tahun Baharu Cina 2025. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *