INTIPATI TITAH DIRAJA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM SEWAKTU MERASMIKAN ISTIADAT PEMBUKAAN MESYUARAT PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KE -15

3 Feb 2025

(Sumber BERNAMA)

  • Ahli Parlimen perlu menjadi benteng perpaduan negara dan bukan ejen perpecahan rakyat .
  • Parlimen adalah platform semak dan imbang pentadbiran negara, bukan tempat bertegang urat, maki hamun dan tabur fitnah .
  • Sultan Ibrahim titah Ahli Parlimen hentikan tindakan bermain politik atas setiap isu, jangan pentingkan sesuatu parti atau kelompok.
  • Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim zahir ucapan tahniah atas sikap lebih sopan Ahli Parlimen pada sidang tahun lepas.
  • Agong zahir penghargaan atas peranan semua pemimpin dalam kekalkan kestabilan politik negara, sumbang kemakmuran ekonomi dan sosial.
  • Sultan Ibrahim sambut baik usaha kerajaan tingkat pelaburan asing berkaitan teknologi tinggi.
  • Agong sambut baik pelaksanaan subsidi bersasar, titah pengagihan cekap dan berkesan kepada golongan benar-benar layak.
  • Sultan Ibrahim zahir kebimbangan budaya fitnah dan hasutan di media sosial menyebabkan rakyat keliru, bermusuhan dan berpecah-belah.
  • Sistem perkhidmatan kerajaan mesti dinaik taraf guna teknologi digital bagi banteras amalan rasuah, salah guna kuasa dan budaya ‘red tape’.
  • Semua pihak perlu berusaha jayakan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 terutama memastikan negara bersih dan selamat .
  • Agong titah kerajaan terus bantu pekebun kecil, petani, penternak dan nelayan, proaktif perkasa sektor pertanian, komoditi dan rangkaian bekalan makanan.
  • Malaysia perlu kekal tegas dukung keamanan, menentang keganasan dan penindasan.
  • Malaysia perlu tunjuk keupayaan dalam memimpin dan menentukan hala tuju ASEAN .
  • Kerajaan perlu bijak kekal hubungan diplomatik dengan semua negara, tingkat kerjasama strategik tangani isu serantau dan sempadan .
  • Malaysia akan terus kukuh atas semangat kerjasama erat kerajaan Persekutuan dan negeri.
  • Peperangan di Gaza perlu segera ditamatkan, keadilan undang-undang hendaklah dilaksanakan.

*Agong titah rakyat berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa jenayah siber seperti penipuan kewangan dan kecurian identiti.

  • Tindakan tegas melalui saluran diplomatik, undang-undang dan pertahanan perlu diambil pastikan hak kedaulatan, kepentingan negara kekal terpelihara.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *