Utamakan kepentingan negara tanpa mengira kaum, agama demi tingkatkan ekonomi – PMX

Oleh: Sholina Osman
31 JAN. 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa seluruh rakyat mengutamakan kepentingan negara tanpa mengira kaum, agama, negeri dan wilayah dalam usaha meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan negara.

Beliau berkata, usaha ini tidak harus terikat dengan kepentingan kaum atau wilayah yang cuba dimainkan kelompok kecil untuk memecahbelahkan perpaduan rakyat.

“Isu-isu yang melingkari rakyat adalah masalah bersama,” katanya ketika berucap sempena Majlis Perayaan Tahun Bahari Cina Dewan Perniagaan dan Perindustrian China Perak (PCCCI) 2025 di Ipoh, Perak.

Anwar berkata, kerajaan MADANI melancarkan inisiatif seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), yang dinaikkan kepada RM13 bilion tahun ini, kepada rakyat tanpa mengira kaum bagi meringankan beban peningkatan kos sara hidup yang melanda seluruh dunia.

GAJI PENJAWAT AWAM

“Kerajaan juga putuskan untuk meningkatkan gaji penjawat awam bermula tahun ini kerana tiada kenaikan kepada mereka sejak 12 tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata, ini tidak termasuk umpamanya projek-projek yang dijalankan oleh Kementerian-Kementerian lain, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) umpamanya.

Bantuan kepada mahasiswa melalui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Pertanian, katanya juga diteruskan.

TAMBAHAN UNTUK 2025

“Sebab itu tahun ini saya ambil keputusan untuk tingkatkan gaji penjawat awam, memang ada yang tegur kerana tambahan untuk 2025, tambahannya RM10 bilion ringgit, untuk tahun depan 2026,” katanya.

Beliau berkata, semua inisiatif ini hanya mampu dilaksanakan kerana ekonomi negara yang semakin kukuh hasil kestabilan politik dan perpaduan dalam kalangan rakyat.

“Negara ini punya potensi baik sekiranya kita berusaha memartabatkan negara dengan kepentingan yang sama, ketimbang mencetus pergaduhan yang merosakkan,” jelasnya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *