Usaha menangani keciciran murid antara fokus KPM – Fadhlina Sidek

Oleh: Sholina Osman
25 JAN. 2025

TERENGGANU – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek telah mengadakan lawatan kerja sehari ke Terengganu, Rabu lalu.

Menerusi perkongsian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam FB memaklumkan antara lokasi tumpuan lawatan kerja beliau adalah di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Datuk Razali Ismail dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Terengganu.

Sewaktu mengadakan lawatan di IPG Kampus Datuk Razali Ismail, Menteri Pendidikan telah meninjau sendiri fasiliti kelas prasekolah dan pengoperasian pendidikan di kampus tersebut.

MENANGANI KECICIRAN MURID

Dalam lawatan ke PPD Kuala Terengganu pula, Fadhlina memberi penekanan kepada usaha menangani keciciran murid yang menjadi fokus KPM pada tahun ini.

Beliau juga berkesempatan untuk meluncurkan Buku A.K.S.I Gerak Kerja Peneraju Kecemerlangan Pendidikan (PKP) 4.0 yang mampu memacu pembangunan pendidikan di daerah Kuala Terengganu secara khususnya dan Terengganu secara amnya.

Turut hadir dalam lawatan kerja ke Terengganu adalah Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme), Dr Mohd Azam Ahmad dan Pengarah Pendidikan Terengganu, Jelani Sulong. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *