



Oleh: Sholina Osman
24 JAN. 2025
Kerajaan Madani dalam Mesyuarat Kabinet bersetuju memberikan potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena perayaan Tahun Baru Cina 2025.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju memberikan diskaun tol 50 peratus sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2025.
“Ia selaras dengan agenda Kerajaan MADANI dalam menjaga perpaduan dan kesejahteraan rakyat yang didukung oleh kedudukan kewangan Kerajaan yang kukuh hasil dari program rasionalisasi subsidi serta peningkatan pelaburan dan
perdagangan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Alexander berkata, keputusan memberikan diskaun 50 peratus dari kadar biasa tol ini akan dilaksanakan bermula pada jam 12.01 tengah malam 27 Januari 2025 (Isnin)
dan akan berakhir pada Jam 11.59 malam 28 Januari 2025 (Selasa) bagi
kenderaan persendirian Kelas 1 sahaja di semua plaza tol.
MELIBATKAN PLAZA TOL
Bagaimanapun katanya, diskaun 50 peratus ini tidak melibatkan plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).
Beliau berkata, implikasi kewangan yang ditanggung Kerajaan bagi membayar balik pampasan kepada Syarikat Konsesi Tol yang terlibat dianggarkan berjumlah RM20.08juta.
Alexander berkata, pemberian ini merupakan kesinambungan kepada bantuan tol musim perayaan yang telah sekian kalinya diberikan oleh Kerajaan Madani bagi keempat-empat musim perayaan utama di Semenanjung sejak tahun 2023.
Sepanjang tempoh tersebut, beliau memberitqhu, Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM356.18 juta sebagai pampasan bagi pelaksanaan bantuan Tol Percuma Musim Perayaan dari 2023 hingga 2024,” katanya.
PEMBERIAN TOL PERCUMA
“Pengumumqn saya sebelum ini berkenaan pemberian tol percuma
musim perayaan yang sepatutnya berakhir pada perayaan Krismas 2024badalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Kabinet pada 20 Disember 2024,” katanya.
Semua pengguna jalan raya dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi arahan papan tanda dan maklumat yang dipaparkan di Variable Message System (VMS).
Pengguna yang menggunakan lorong Smart Lane diminta memberi isyarat awal sebelum memasuki lorong Smart Lane yang telah diaktifkan, memandu dengan kelajuan yang ditetapkan dan peka dengan keadaan sekeliling semasa.
Malan pengguna juga disarankan untuk menyemak status trafik semasa atau sebarang insiden di lebuh raya yang dikemaskini melalui media sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) iaitu di Facebook (Lembaga Lebuhraya Malaysia), di aplikasi X (@LLMtrafik) serta di TikTok (@llmtrafik).
KEADAAN TRAFIK TERKINI
Pengguna lebuh raya juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Trafik LLM di talian 1-800-88-7752 untuk memperolehi keadaan trafik terkini atau bantuan.
Bagi mendapatkan maklumat keadaan trafik semasa melalui paparan CCTV di semua lebuh raya, pengguna juga boleh melayari laman sesawang LLM di https://www.llm.gov.my.
Di samping itu, maklumat keadaan trafik juga boleh diperolehi daripada WhatsApp Channel LLM Info Trafik.
Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina 2025.
Gong Xi Fa Cai, Xīn Nián Kuài Lè! – JM