DISKAUN TOL 50 PERATUS BUKTI KERAJAAN MADANI PEKA CERIAKAN RAKYAT

Oleh Noraini Nordin
(Ulasan Berita )
24 Jan 2025

Kerajaan Madani hari ini bersetuju untuk memberikan potongan 50 peratus daripada kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025 yang akan berlangsung minggu depan.

Keputusan tersebut dengan sendirinya menunjukkan bahawa Kerajaan Madani sentiasa mendengar suara rakyat yang sekali gus berusaha meringankan bebanan mereka.

Ini kerana, Kerajaan Madani dalam masa yang berdepan kekangan kewangan berikutan beban hutang yang tinggi yang ditinggalkan kerajaan terdahulu.

MENAMBAHKAN KEGEMBIRAAN RAKYAT

KWN Terengganu – Armila Alias
KWN Perlis – Zainab Ibrahim

Apa yang diharapkan diskaun 50 peratus yang diberikan kerajaan amat memadai untuk menambahkan kegembiraan serta keceriaan rakyat, sama ada yang menyambut Tahun Baru Cina atau mereka yang balik kampung serta bercuti bersama keluarga ke destinasi-destinasi tertentu.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam kenyataannya berkata, implikasi kewangan yang ditanggung kerajaan kerana membayar balik pampasan kepada syarikat konsesi tol yang terlibat dianggarkan berjumlah RM20.08 juta.

“Pemberian diskaun 50 peratus ini w kesinambungan kepada bantuan tol musim perayaan yang telah sekian kalinya diberikan oleh Kerajaan Madani bagi keempat-empat musim perayaan utama di Semenanjung sejak tahun 2023 lagi.

‘’Sepanjang tempoh tersebut, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM356.18 juta sebagai pampasan bagi pelaksanaan bantuan Tol Percuma Musim Perayaan dari 2023 hingga 2024,’’ katanya.

Diskaun 50 peratus daripada kadar biasa tol sempena Tahun Baru Cina akan dilaksanakan bermula pada jam 12.01 tengah malam 27 Januari 2025 (Isnin) dan akan berakhir pada Jam 11.59 malam 28 Januari 2025 (Selasa).

Namun potongan tol 50 peratus khusus bagi kenderaan persendirian Kelas 1 sahaja di semua plaza tol kecuali plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).

‘’Pengumuman saya sebelum ini berkenaan penghapusan pemberian tol percuma musim perayaan yang sepatutnya berakhir pada perayaan Krismas 2024 adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Kabinet pada 20 Disember 2024.

“Bagaimanapun, Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini bersetuju memberikan diskaun tol 50 peratus sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2025 selaras dengan agenda Kerajaan Madani dalam menjaga perpaduan dan kesejahteraan rakyat yang didukung oleh kedudukan kewangan kerajaan yang kukuh hasil dari program rasionalisasi subsidi serta peningkatan pelaburan dan perdagangan,’’ tambahnya.

Dengan tindakan pantas Kerajaan Madani mengumumkan potongan tol sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2025 ini pasti percutian lebih ceria .

Sementara itu , Ketua Wanita KEADILAN Terengganu, Armila Alias menyambut baik keprihatin Kerajaan Madanu dengan memberi potongan 50% tol sempena cuti perayaan cina ini.

” Sudah pasti ini kami sambut dengan gembira.

” Diskaun ini amat dinanti terutama bagi keluarga yang mahu pulang ke kampung yang bakal melalui lebuhraya . Terima kasih Kerajaan Madani, ” katanya.
Bagi Ketua Wanita KEADILAN Perlis , Zainab Ibrahim berkata Kerajaan Madani sentiasa mendengar suara rakyat dan berusaha meringankan bebanan mereka.

” Perayaan Tahun Baharu Cina pasti meriah dengan berita baik dari Kerajaan Madani ini, ” katanya.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *