



Oleh: Sholina Osman
24 JAN. 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan peluang menghadiri Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025, pastinya memberikan impak positif dan pengalaman berguna untuk dibawa pulang.
Beliau memanjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa kerana Malaysia mendapat layanan dan pengiktirafan di atas kehadiran kali ini.
Menerusi hantaran di FB, Perdana Menteri berkata demikian semasa sidang media selepas WEF 2025 melabuhkan tirai.
MEMPERTEMUKAN PIMPINAN NEGARA
“WEF ini diadakan untuk mempertemukan pimpinan negara secara formal dan juga santai menerusi mesyurat dua hala, sela-sela, sidang utama dan lain-lain lagi,” katanya.
Beliau berkata, sektor pendidikan, pelaburan, perdagangan, kecerdasan buatan, tenaga, digital antara yang bakal meraih sinergi secara langsung dan pulangan lumayan selain hubungan bilateral dan kerjasama dengan pihak berkaitan terus diperkuatkan. – JM