







Oleh: Sholina Osman
21 JAN. 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap meneruskan amalan beriadah santai termasuk apabila berada di bumi Belgium.
Menerusi perkongsian di FB, sebaik
selesai semua program di hari pertama di Brussels, beliau sempat luangkan masa untuk riadah santai sekitar kawasan penginapan sewaktu lawatan ke Belgium ini.
Setiap kali Perdana Menteri memuat status berkaitan riadah santai, netizen memberikan komen yang positif.
MENDOAKAN KESIHATAN PMX
Rata-rata mendoakan kesihatan PMX ini supaya terus memacu negara ini ke arah lebih baik.
Status ini mendapat 4.1 ribu tanda suka, 143 berkongsi status dan 687 memberi komen.
Komen Azmi Jaafar: Alhamdulillah PMX sentiasa menjaga stamina diri utk kesihatan yg sentiasa baik cergas…. Tiada masa utk bermain Golf spt pm2 yg lepas.
Alif Anuar pula: Steady lah PMX tetap kekalkan rutin beriadah santai..moga diberi kekuatan kesihatan baik sepanjang lawatan kerja ini..amin
Komen Samad Ismail: Bangga tengok PM kita jaga kesihatan walaupun tugas bertimbun.
Abdul Aziz Abdul Muti: Lepas bekerja riadah…terbaik….tak ada nak shopping sakan macam orang dolo2… – JM