






Oleh: Sholina Osman
21 JAN. 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya, Alexander De Croo pada hari kedua di Brussels.
Anwar menjelaskan ia bagi membincangkan hubungan dua hala Malaysia-Belgium.
“Turut dibincangkan terkait pendidikan, pelaburan, perdagangan, termasuk Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) bersama Kesatuan Eropah (EU) selain isu antarabangsa antaranya krisis di Gaza, Myanmar dan konflik Rusia-Ukraine,” katanya menerusi hantaran di FB.
“Kami percaya, dan senada untuk terus memperkukuh hubungan dan membentuk sinergi kerjasama ke arah keamanan, kestabilan dan kemakmuran sejagat,” ujarnya lagi.
HUBUNGAN DUA HALA
Seperti dinyatakan sebelum ini, beliau meneruskan misi seterusnya ke Belgium pada 19 dan 20 Januari 2025 adalah bagi memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara dan juga Kesatuan Eropah (EU).
Insya-Allah, segala ruang dan platform yang ada ini akan saya gunakan seluas-luasnya bagi membawa suara Malaysia yang juga kini Pengerusi ASEAN terkait kerjasama, sinergi pelaburan dan bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa. – JM