PERPADUAN TERUS GIGIH MENANGKAN CIKGU JOOHARI

(Petikan Bahan/Foto Zamry Abdul Kadir)

Tinggal tempoh tiga hari terakhir sebelum hari mengundi di PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai nanti, beberapa perkara yang boleh ditambahbaik dan dipertingkatkan.

Ini bagi memastikan kemenangan Calon Kerajaan Perpaduan, Dr Joohari Ariffin atau lebih dikenali sebagai Cikgu Joohari.

Malam tadi telah diadakan mesyuarat penyelarasan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang dipengerusikan bersama antara saya dengan YB Rafizi Ramli.

Alhamdulillah pergerakan dan kerjasama jentera di kedua-dua pihak bersemangat memastikan kemenangan untuk calon nombor 1.

Di pihak Barisan Nasional dan UMNO, jentera telah bergerak sejak hari pertama berkempen yang turut melibatkan UMNO Bahagian-Bahagian di Pulau Pinang, UMNO Negeri dan Negeri Angkat yang lain serta rakan-rakan komponen BN dan Friends of BN.

Inilah gerak kerja UMNO dan BN yang sememangnya penuh struktur dan mempunyai kekuatan ahli di pelbagai peringkat.

Insya-Allah berbaki tiga hari lagi kita berusaha sebaik mungkin untuk kemenangan calon Kerajaan Perpaduan di Sungai Bakap.

PRKSungaiBakap

BarisanNasional

UMNO

doczam

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *