Ramlan Pengerusi SPR baharu berkuatkuasa hari ini

Oleh Sholina Osman
26 JUN 2024

Datuk Seri Ramlan Harun dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu serta berkuat kuasa hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, pelantikan Ramlan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

“Sukacita dimaklumkan bahawa selaras Perkara 114(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Datuk Seri Ramlan Harun sebagai Pengerusi SPR dan pelantikan ini berkuat kuasa mulai 26 Jun 2024,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

BERSARA WAJIB

Ramlan, 60 menggantikan Tan Sri Abdul Ghani Salleh yang bersara wajib pada 9 Mei lalu.

Sebelum ini Ramlan adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Ramlan berkelulusan Ijazah Sarjana Pengurusan Sumber Tanah daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Ijazah Sarjana Muda Perancangan Perumahan dan Bangunan daripada Universiti Sains Malaysia (USM).

Beliau juga memiliki Diploma Pentadbiran Awam, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan memulakan perkhidmatan sebagai Penolong Pengarah di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *