Oleh Noraini Nordin
(Sorotan PRK Sungai Bakap)
26 Jun 2024
Kempen PRK Sungai Bakap semakin meriah apabila pimpinan peringkat nasional silih berganti turun padang menyantuni pengundi serta menyertai ceramah-ceramah mega di kawasan-kawasan sasaran dalam DUN tersebut.
Paling dilihat meriah sudah pastilah gerak kerja kempen daripada calon Perpaduan iaitu Dr. Joohari Ariffin atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Joohari calon NO 1 untuk PRK Sungai Bakap.
Walaupun kempen PRK Sungai Bakap masih dalam minggu pertama, apa yang menarik ialah sudah ramai pemimpin-pemimpin daripada Kerajaan Perpaduan yang berjawatan tinggi dalam kerajaan serta parti telah turun membantu Cikgu Joohari sejak gelanggang kempen dibuka secara rasmi pada 22 Jun lalu.
Biasanya dalam mana-mana PRK, kempen pada minggu pertama ini agak perlahan berbanding minggu kedua sebelum tibanya hari pengundian.
Tetapi berbeza dengan di Sungai Bakap ini, selain Cikgu Joohari sendiri ligat dengan pelbagai program setiap hari, kehadiran pemimpin-pemimpin yang berjawatan dalam pusat juga amat memberangsangkan.
Sehingga ini, antara pemimpin tinggi yang datang berkempen ialah Timbalan Presiden KEADILAN Mohd Rafizi Ramli, Setiausaha Agong KEADILAN Datok Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Naib Presiden KEADILAN Nurul Izzah Anwar yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pulau Pinang (MPN) .
Selain Nurul Izzah yang paling dilihat paling
‘ berkampung ‘ di Sungai Bakap ialah Ketua Wanita KEADILAN Pusat Fadhlina Sidek yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal.
Fadhlina bersama pasukan jentera Wanita KEADILAN dari seluruh negara mengatur pelbagai aktiviti untuk menyantuni pengundi ke pelusuk Sungai Bakap .
Turut membantu calon Perpaduan ialah Timbalan Pengerusi KEADILAN Pulau Pinang Prof. Datok Dr. Mohamad Abdul Hamid dan ramai lagi bersama memastikan kempen berlangsung dengan berkesan.
Selain itu, turut mewarnai pentas ceramah Perpaduan ialah Presiden Parti Amanah Datok Mohamad Sabu , Ketua Penerangan UMNO Datok Seri Azalina Othman Said.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datok Seri Ahmad Maslan dan lain-lain.
Dua pemimpin utama DAP Chow Kon Yeow yang juga selaku Ketua Menteri Pulau Pinang
Figura paling istimewa yang membantu kempen calon Perpaduan adalah Datok Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selaku Pengerusi Majlis Penasihat PKR merangkap isteri Perdana Menteri juga turut menyantuni pengundi Sungai Bakap.
PETANDA FOSITIF
Sikap peka pemimpin-pemimpin pusat , negeri dan cabang membantu kempen menyuntik semangat untuk jentera perpaduan terus berkempen dengan gigih serta dengan satu misi – menawan Sungai Bakap dengan kemenangan bergaya.
Semua ini adalah petanda positif yang menunjukkan semua pihak sedang bekerja keras untuk memastikan kemenangan Cikgu Joohari pada 6 Julai akan datang, sekaligus merampas Dun Sungai Bakap yang sebelum ini dimenangi calon Pas mewakili PN.
Tanpa menunggu lama, pada minggu pertama lagi sudah ramai yang turun ke Sungai Bakap.
Perkembangan ini sudah tentu memberi bayangan lebih ramai menteri dan timbalan menteri lagi yang akan turun ke Sungai Bakap pada minggu kedua nanti.
Dengan itu, setidak-tidaknya keyakinan pengundi untuk memberi undi kepada Calon Kerajaan Perpaduan pada 6 Julai nanti akan turut meningkat dengan sendirinya.
Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat