Wanita KEADILAN berkampung tawan Sungai Bakap

Oleh Noraini Nordin
(Sorotan dari DUN Sungai Bakap)
21 Jun 2024

Sejak dua minggu lalu Wanita KEADILAN telah mula berkampung di Sungai Bakap dengan satu misi iaitu membantu kempen Calon Perpaduan meraih kemenangan DUN tersebut .

Jentera yang diturunkan oleh wanita KEADILAN yang diterajui oleh Ketua Wanita Pusat, Fadhlina Sidek bukan sahaja daripada pimpinan pusat tetapi juga yang berjawatan dalam cabang, ranting serta ahli akar umbi.

Tinjauan penulis di sekitar DUN mendapati rumah-rumah penginapan termasuk hotel-hotel di kawasan berhampiran telah dipenuhi dengan jentera-jentera serta pekerja yang bertugas di lokasi masing-masing.

Pagi esok adalah hari penamaan calon PRK Dun Sungai Bakap yang akan berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi, Nibong Tebal.

Sehingga ini sekurang-kurangnya dua pihak dijangka meletakkan calon iaitu PH/BN yang mewakili kerajaan perpaduan, Pas mewakili PN.

PH/BN mempertaruhkan bekas Pengarah Institut Aminudin Baki cawangan utara, Dr. Joohari Ariffin untuk merampas kerusi itu daripada PN yang meletakkan Abidin Ismail, pembantu kepada bekas Adun yang meninggal dunia baru-baru ini sebagai calonnya kali ini.

PRM belum lagi memutuskan nama calonnya dan dilaporkan sedang menilai calon terbaik untuk dipertandingkan.

Apa yang menarik dalam PRK Sungai Bakap ini ialah PH/BN dan PN telah mengumumkan nama calonnya lebih awal lagi.

Ini sekaligus membolehkan calon yang dinamakan itu bergerak lebih awal untuk memperkenalkan diri kepada masyarakat setempat.

Dalam hal ini, calon PH/BN, Joohari agak jauh ke depan memanfaatkan masa yang terbuka itu untuk beliau bergerak dengan pelbagai pendekatan bertemu pengundi.

CALON PERPADUAN SEMAKIN AKTIF BERTEMU KOMUNITI

Sehingga ini, selain mengadakan mengadakan perjumpaan dengan puluhan NGO, bertemu masyarakat, menghadiri pelbagai majlis, beliau juga dilihat sangat aktif di media sosialnya.

Semua aktiviti yang dilakukannya dikongsi di media sosial dan pengundi boleh mengetahui perkembangan dirinya dengan mudah.

Malah beliau turut mengadakan acara live di Tik Tok untuk memperjelaskan visi dan perancangannya, sambil membuka ruang kepada masyarakat bertanya apa sahaja soalan kepadanya.

Di samping sebagai anak tempatan, tindakan Dr. Joohari mengaktifkan dirinya di media sosial meletakkan beliau agak ke hadapan ketika ini.

Berbeza dengan calon PN, kelibatnya masih tidak kelihatan bersama masyarakat, kecuali di majlis-majlis ceramah yang diadakan oleh Pas.

Dalam tinjauan di beberapa tempat, pengundi yang ditemui rata-rata mengenali beliau dan ternampak senang dengan pemilihannya sebagai calon.

Jika momentum ini dikekalkan, harapan PH/BN merampas kerusi Dun Sungai Bakap adalah cerah.
Tambahan pula semangat juang untuk menawan Sungai Bakap oleh jentera Perpaduan khasnya dari PH sendiri tidak mustahil misi menang bergaya mampu dicapai.


Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *