MEMARTABAT BAHASA MELAYU

(Petikan bahan/foto FB Fadhlina Sidek)

Bagi memastikan bahasa Melayu terus menjadikan bahasa ilmu dan bahasa pertuturan pelbagai kaum rakyat Malaysia, KPM sentiasa memastikan sistem pendidikan negara sentiasa menjunjung tinggi bahasa kebangsaan ini.

Selain itu, KPM sentiasa ambil cakna terhadap kecekapan berbahasa Melayu dalam kalangan murid dengan mewajibkan semua sekolah melaksanakan Program Interaktif Kemahiran Bahasa Melayu (PIKeBM).

Program ini bermatlamat murid mampu berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan fasih dan yakin melalui aktiviti luar bilik darjah iaitu kokurikulum.

Bagi menyokong dan memartabatkan lagi Bahasa Melayu, KPM menggalakkan dan memberi peluang kepada murid untuk melibatkan diri dalam program/pertandingan yang dilaksanakan di pelbagai peringkat.

Bagi memastikan bahasa Melayu terus menjadikan bahasa ilmu dan bahasa pertuturan pelbagai kaum rakyat Malaysia, KPM sentiasa memastikan sistem pendidikan negara sentiasa menjunjung tinggi bahasa kebangsaan ini.

*Cuplikan Ucapan YB Menteri Pendidikan Semasa Ucapan Penggulungan Usul Titah Diraja di Dewan Rakyat, pada 13 Mac 2024.

Murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara, negara sejahtera!

#KPM

#PendidikanManusiawi

#MalaysiaMADANI

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *