Pertemuan PX dengan Timbalan Canselor Jerman, Dr. Robert Habeck

(Petikan Bahan/Foto – FB Anwar Ibrahim)

PMX mengadakan pertemuan
dengan Timbalan Canselor Jerman yang juga Menteri Ekonomi dan Tindakan Iklim Jerman, Dr Robert Habeck.

Mereka membincangkan soal kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara melibatkan penyertaan syarikat-syarikat besar di Jerman untuk membuat pelaburan di Malaysia.

Malaysia juga mengalu-alukan sokongan Jerman dalam pembangunan kapasiti, terutama bagi inisiatif peralihan tenaga.

Pemimpin dua negara ini turut menyentuh soal Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-EU (MEUFTA), kerjasama dalam pembangunan kapasiti dan kepakaran, khususnya Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan program pertukaran tenaga pekerja (exchange of partnership in workforce) di antara syarikat sertainstitusi Malaysia dan Jerman.

Malaysia juga menggesa Jerman untuk melihat pendekatan lebih inklusif berkaitan eksport minyak sawit ke Eropah dengan mengutamakan langkah-langkah yang telah dibuat oleh Malaysia bagi memastikan pembangunan lestari bagi pengeluaran minyak sawit.

Mereka juga bertukar pandangan terkait soal geopolitik termasuk isu melibatkan Ukraine, Palestin dan Myanmar.

#MalaysiaMADANI

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *