Wanita KEADILAN sertai Kepung Demi Palestin bermula malam ini

Oleh Noraini Nordin

Wanita KEADILAN tidak pernah melupakan rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman serangan Israel.
Sebagai tanda solidariti yang tiada noktahnya terhadap nasib yang menimpa rakyat Palestin
Wanita KEADILAN Pusat akan turut mengambil bahagian dalam perhimpunan yang dinamakan ‘Kepung Demi Palestin’ selama enam malam di depan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur yang bermula malam ini.

Setakat ini, beberapa pimpinan Wanita KEADILAN Pusat telah menyatakan persetujuan untuk turun pada malam pertama ini di hadapan Kedutaan Besar Amerika Syarikat , Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Pimpinan Wanita KEADILAN Pusat yang akan menyertai himpunan malam ini ialah
Naib Ketua Wanita – Datin Faizah Ariffin,
Pengarah Komunikasi merangkap Pemangku Ketua Penerangan Wanita Pusat, Noraini Nordin,
Pengerusi Biro Mobilisasi Idawatie Pariman dan Ketua Biro Pemantapan Agama Mahani Abdul Moin.

Datin Faizah Ariffin
Noraini Nordin
Idawatie Pariman
Mahani Abdul Moin

Seterusnya pada malam-malam berikutnya, Pimpinan Wanita KEADILAN Pusat akan mengambil bahagian secara bergilir sebagai tanda tidak mahu ketinggalan dalam memberi sokongan padu terhadap perjuangan rakyat Palestin untuk merdeka.

Perhimpunan aman ini akan diadakan selama enam malam berturut-turut sebagai bantahan terhadap tindakan AS yang berterusan menggunakan kuasa veto untuk mensabotaj usaha perdamaian di Palestin.

Mengikut perancangan, perhimpunan akan diadakan secara aman dengan peserta akan tinggal di khemah yang disediakan sepanjang tempoh enam malam itu.

Meskipun acara bantahan hanya akan diadakan pada sebelah malam, tetapi sebahagian peserta akan terus menetap di dalam khemah di depan Kedutaan AS sepanjang tempoh enam hari tersebut.

Selain itu, pelbagai acara sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin akan diadakan seperti ucapan, bacaan puisi, mengibar bendera dan sebagainya.
.
Suatu himpunan mega juga dirancang untuk diadakan sebagai ‘grand finale’ pada malam 31 Disember sebagai acara penutup.

Perhimpunan ‘Kepung Demi Palestin’ ini adalah anjuran Sekretariat Solidariti Palestin yang merangkumi sejumlah aktivis, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), gerakan mahasiwa dan juga parti-parti politik.

Sehingga kini lebih 50 NGO termasuk parti-parti politik telah menyatakan sokongan terhadap perhimpunan ini.
Antaranya yang terlibat ialah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Sisters in Islam (SIS), Bersih, Gerakan Belia Sepunjabi Malaysia, gerakana-gerakan mahasiswa, Wanita KEADILAN, Amanah, DAP, UMNO, Bersatu, Pas, Muda, PSM serta Pejuang.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *