
Usaha membendung akaun palsu memerlukan kerjasama masyarakat, bukan sekadar tindakan platform digital dan pihak berkuasa.
Ibu bapa perlu membimbing anak-anak mengenal pasti penyamaran identiti, manakala golongan belia boleh membantu rakan sebaya supaya tidak mudah mempercayai mesej atau tawaran mencurigakan.
Pengguna juga perlu berhati-hati sebelum berkongsi sesuatu profil atau hantaran kerana penyebaran maklumat yang belum disahkan boleh menjejaskan reputasi individu atau organisasi sebenar.
SYAK AKAUN PALSU? AMBIL LIMA TINDAKAN INI
Hentikan komunikasi. Jangan melayan ugutan, permintaan wang atau mesej mencurigakan daripada akaun berkenaan.
2.Jangan sebarkan maklumat tanpa pengesahan.
Elakkan berkongsi tuduhan atau maklumat yang belum dipastikan kesahihannya.
3.Simpan bukti. Rekodkan pautan profil, tangkap layar perbualan, nombor telefon serta tarikh dan masa kejadian.
4.Laporkan kepada platform. Gunakan fungsi pelaporan yang disediakan bagi melaporkan akaun palsu atau penyamaran identiti.
5.Buat laporan kepada pihak berkuasa. Laporkan kepada polis sekiranya terdapat unsur penipuan, pemerasan, ugutan atau penyalahgunaan identiti.
Sekiranya penipuan melibatkan pemindahan wang, mangsa perlu segera menghubungi bank atau Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) melalui talian 997.
JANGAN BIARKAN ORANG LAIN MENJADI MANGSA
Masyarakat juga boleh membantu dengan mengingatkan keluarga dan rakan supaya menyemak kesahihan akaun sebelum berinteraksi.
Pendidikan keselamatan digital yang berterusan penting bagi memastikan pengguna bukan sahaja tahu menggunakan media sosial, tetapi mampu mengenal pasti risiko dan melindungi diri.
Jangan bantu akaun palsu menjadi tular.
Bantu hentikan penipuan dengan membuat laporan melalui saluran yang betul.

