
PUTRAJAYA, 29 Oktober – Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam nahas pelanggaran tren berkelajuan tinggi berhampiran Urda, Toledo, Sepanyol pada 28 Oktober lalu.
Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan perkara itu disahkan selepas pihak Kedutaan Besar Malaysia di Madrid mendapatkan maklumat dan kerjasama daripada pihak berkuasa Sepanyol.
Kerajaan Malaysia turut menyampaikan ucapan takziah dan simpati kepada Sepanyol susulan tragedi yang mengorbankan 68 nyawa serta mencederakan puluhan mangsa.
Sebagai tanda penghormatan kepada mangsa, Sepanyol turut mengisytiharkan tempoh berkabung selama tiga hari bermula Khamis.
